Hari Sukan Negara
Dilaksanakan di Dataran Perhimpunan sekolah. Program dirasmikan oleh Guru Besar En Hamdzan bin Osman. Dihadiri oleh semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 152 orang. Guru seramai 17 orang, staf dan kakitangan sokongan seramai 8 dan wakil PIBG seramai 3 orang. Majlis dimulai dengan mengambil kehadiran murid. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku. Selesai nyanyian lagu Negaraku, guru besar menyampaikan ucapan perasmian. Kemudian semua peserta melakukan aktiviti senamrobik. Selesai senamrobik diadakan acara sukaneka. 2 acara sukaneka disediakan untuk setiap kategori. Terdapat 5 kategori keseluruhannya pada hari tersebut. Selesai sukaneka semua hadirin berhenti rehat dan bersurai pada pukul 11 pagi.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 12-10-2024 11:00 am |
Capacity | 179 |
Registered | 0 |
Available Place | 179 |
Senior Citizens | 23 |
Veterans | 4 |
Persons with Disabilities (OKU) | 2 |
Women | 14 |
Children | 152 |
Location | SK Sahom |