
Pada tahun ini, pelaksanaan Hari Sukan Negara di Kolej Tunku Kurshiah diserikan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka yang melibatkan penyertaan semua warga kolej. Aktiviti senamrobik diadakan pada awal pagi sebagai pembuka acara, bertujuan untuk memanaskan badan dan meningkatkan kecergasan fizikal. Ia turut mewujudkan suasana ceria dan penuh semangat dalam kalangan peserta.
Selepas itu, acara diteruskan dengan pelbagai permainan sukaneka seperti isi air dalam botol, sayang-sayang belon dan makan biskut paling laju Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketangkasan dan kerjasama kumpulan, tetapi juga menanam nilai seperti semangat berpasukan, disiplin, dan keseronokan bersaing secara sihat.