SENAMROBIK SK WAWASAN

SENAMROBIK SK WAWASAN Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan  Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat Negara ke arah Wawasan 2020. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40% berbanding dengan 50% hingga 60% di Negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia.

Event Information

Event Date 11-10-2024
Event End Date 11-10-2024
Cut Off Date 11-10-2024
Capacity 1000
Registered 0
Available Place 1000
Veterans 80
Location SK WAWASAN

We are no longer accepting registration for this event