
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SK Taman Semarak Nilai telah diadakan pada 10 Oktober 2025 bermula pukul 730 pagi. Sambutan ini disertai oleh 1270 orang peserta, termasuk murid tahun 1-6, murid pra-sekolah dan murid PPKI. Pertandingan bola sepak dan bola beracun telah dijalankan untuk murid sesi pagi manakala sukaneka telah dijalankan untuk murid sesi petang. Bagi murid pra-sekolah pula, mereka telah menyertai acara tarik bola guna gelung berhalangan dan junjung pundi kacang berhalangan. Satu perlawanan bola sepak antara murid-murid tahun 6 dan guru-guru lelaki juga telah berlangsung.