PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGAT SK SENAWANG 3 TAHUN 2025

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGAT SK SENAWANG 3 TAHUN 2025 LAPORAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 3 TAHUN 2025 1. Pengenalan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aktiviti bersukan. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Senawang 3 telah menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah bagi tahun 2025 sebagai usaha menyokong aspirasi tersebut. 2. Tarikh dan Tempat Program ini telah dijalankan pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dataran Sahatun STIGA, bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 9.30 pagi 3. Penyertaan Seramai 1,270 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada: Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Guru-guru dan staf sokongan sekolah Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 4. Objektif Program Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal. Menyemai nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan murid. Menyokong agenda nasional dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara. 5. Atur Cara Program Masa Aktiviti 8.00 pagi Ketibaan peserta dan pendaftaran 8.10 pagi Ucapan alu-aluan dan perasmian program 9.00 pagi Aktiviti Aerobik Santai Tari 9.20 pagi Kuiz JomFit Malaysia 9.30 pagi Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz 6. Aktiviti Utama Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah: Senamrobik Santai Tari melibatkan semua peserta. Kuiz JomFit Malaysia untuk semua peserta.. 7. Dapatan dan Impak Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga sekolah. Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bekerjasama dengan baik. Guru-guru pula turut sama menjayakan aktiviti dengan penuh komitmen. Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara warga sekolah. 8. Kesimpulan Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Senawang 3 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi sihat, cergas dan berdisiplin.

Event Information

Event Date 10-10-2025
Event End Date 10-10-2025
Cut Off Date 10-10-2025
Capacity 1270
Registered 0
Available Place 1270
Senior Citizens 10
Women 60
Children 1200
Location SK SENAWANG 3

We are no longer accepting registration for this event