laporan hari sukan negara 2025

laporan hari sukan negara 2025 Hari Sukan Negara di SK Sering Ilir telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi. Acara ini diadakan bagi menyemai nilai-nilai sihat, semangat berpasukan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Seawal pagi, murid-murid hadir dengan berpakaian sukan berwarna-warni, menandakan semangat mereka untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Bagi murid prasekolah hingga Tahun 3, aktiviti sukaneka seperti lari dalam guni, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan tarik tali telah mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan semangat juang mereka. Sorakan penyokong menambahkan lagi keceriaan suasana di padang sekolah. Sementara itu, murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pula terlibat dalam pertandingan bola sepak dan bola jaring. Setiap pasukan menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik sepanjang perlawanan berlangsung. Suasana menjadi lebih meriah apabila guru-guru turut memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan masing-masing. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara di SK Sering Ilir berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Program ini bukan sahaja menceriakan warga sekolah, tetapi turut memupuk gaya hidup aktif, semangat kesukanan serta hubungan mesra antara murid dan guru.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 11:50 am
Capacity 258
Registered 0
Available Place 258
Senior Citizens -
Veterans -
Youth -
Persons with Disabilities (OKU) 1
Women 15
Children 258
Location SK SERTING ILIR

We are no longer accepting registration for this event