
Seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia terkenal dalam bidang sukan dan dapat bersaing dengan negara-negara lain di dunia, bakat-bakat baru perlu digilap di peringkat yang paling awal iaitu pada peringkat sekolah rendah. Oleh itu, kejohanan ini yang dijalankan serentak dengan Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk mencari dan mengilap bakat sukan yang ada pada murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar. Adalah diharapkan agar jaguh-jaguh sukan yang bakal dilahirkan oleh kejohanan ini dapat mengharumkan nama sekolah pada peringkat daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.