HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2024
Aspek jasmani adalah salah satu komponen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, Karnival Sukan Asrama bersama dengan Hari Sukan Negara merupakan satu usaha untuk menyokong usaha Satu Sukan Satu Murid dan Hari Sukan Negara. Perlaksanaan program ini juga merangkumi nilai-nilai semangat kesukanan, kepimpinan dan kerjasama antara semua warga asrama. Sambutan Karnival Sukan Asrama serentak diadakan bersama dengan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober 2024 bersamaan hari Sabtu di seluruh negara. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa semua sekolah di negara ini akan menyambut Hari Sukan Negara di peringkat sekolah serentak dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia pada hari tersebut. Dengan tema #FitMalaysia, Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan amalan bersukan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang aktif dan cergas. Di peringkat sekolah pula, dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan ia mampu melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental selaras dengan aspirasi kerajaan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 12-10-2024 11:30 am |
Cut Off Date | 12-10-2024 11:30 am |
Capacity | 268 |
Registered | 0 |
Available Place | 268 |
Veterans | 131 |
Youth | 137 |
Location | SMK Tunku Ampuan Durah |