
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Hari Sukan Negara akan diadakan pada Hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, pihak sekolah akan mengadakannya pada 11 Oktober 2025 (Jumaat) dengan melibatkan semua warga sekolah iaitu guru, anggota kumpulan pelaksana dan pelajar.
2.0 MATLAMAT
Memperkasa warga SMK Dato Undang Musa Al-Haj dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup sihat.
3.0 OBJEKTIF
a. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
b. Mengadakan program kecergasan untuk warga sekolah.
c. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj dikehendaki mengambil bahagian KECUALI mereka yang mempunyai surat perakuan doktor dan surat kebenaran daripada ibu bapa dan pelajar tingkatan 5.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 11 Oktober 2025 (Jumaat)
Tempat : Padang SMKDUMA
Masa : 7.40 PG - 12.10 TGH
6.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
ACARA
KATEGORI
BILANGAN PEMAIN
Bola Tampar
Lelaki & Perempuan
10
Bola Jaring
Perempuan
10
Sepak Takraw
Lelaki
5
Futsal
Perempuan
8
Bola Sepak
Lelaki
15
Tarik Tali
Lelaki
10
7.0 SYARAT PERTANDINGAN
1. Setiap rumah sukan perlu menghantar 1 pasukan untuk setiap acara dan kategori yang dipertandingkan.
2. Acara akan dimainkan secara Kalah Mati.
Pemenang untuk setiap acara akan ditentukan oleh pegawai yang telah ditetapkan