
PENGENALAN Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan setiap Oktober bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan kecergasan. SK Mantin menyahut seruan ini dengan menganjurkan Hari Sukan Negara peringkat sekolah untuk menyemai minat bersukan dalam kalangan murid, memupuk nilai kerjasama dan menggalakkan gaya hidup sihat sejak dari bangku sekolah. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan gaya hidup aktif dan sihat. 2. Mewujudkan semangat kesukanan, kerjasama, dan perpaduan antara murid, guru dan warga sekolah. 3. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah secara aktif dan menyeronokkan. KUMPULAN SASARAN Semua murid, guru dan warga SK Mantin