
Program HSN Fun Walk 2025 @ SMADATA anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Tan Ahmad merupakan inisiatif bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya warga sekolah.
Program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif, malah turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan sempena Hari Sukan Negara. Selain itu, program ini juga berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, staf sokongan dan pelajar.
Maklumat Program
Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Trek berjalan sejauh 3 km di sekitar kawasan sekolah
Penganjur: Unit Kokurikulum SMADATA
Sasaran Penyertaan: Semua warga sekolah (guru, staf sokongan dan pelajar)
Anggaran Peserta: Lebih kurang 240 orang