HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2025 (4)

Pada Hari Sukan Negara, warga sekolah telah berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7.15 pagi. Acara dimulakan dengan Senamrobik Perdana yang meriah dan penuh semangat. Seterusnya, pelbagai aktiviti sukan berlangsung serentak termasuk pusingan separuh akhir dan akhir bagi pertandingan Netball Glitz dan Futsal Supernova. Murid prasekolah hingga Tahun 3 turut menyertai aktiviti sukaneka yang menceriakan suasana. Tepat jam 10.20 pagi, pihak Nestlé menyumbangkan minuman MILO kepada semua peserta sebagai tanda sokongan. Selepas rehat, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:15 am
Event End Date 10-10-2025 12:05 pm
Cut Off Date 10-10-2025 12:05 pm
Capacity 231
Registered 0
Available Place 231
Senior Citizens 3
Veterans -
Youth -
Persons with Disabilities (OKU) -
Women -
Children -
Location SJKT TUN SAMBANTHAN PAJAM

We are no longer accepting registration for this event