HARI SUKAN NEGARA SEKOLAH MENENGAH TUNKU AMPUAN DURAH
1 MATLAMAT
Hari Sukan Negara adalah dirancang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam pada itu, ia turut dirancang untuk menggalakkan pelajar bersukan dan mengeratkan silaturahim bersama-sama warga sekolah, selain memupuk dan mengasah bakat pelajar dalam bidang sukan permainan.
2. OBJEKTIF PROGRAM
1.1 Menggalakkan budaya bersukan agar merapatkan lagi ukhwah silaturrahim dalam kalangan warga SMK Tunku Ampuan Durah .
1.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru, AKP dan murid.
1.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dan penyakit kronik dalam kalangan warga sekolah.
1.4 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
3. KUMPULAN SASAR
Pentadbir, guru-guru, AKP dan murid-murid SMK Tunku Ampuan Durah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Dewan Besar dan Gelanggang SMK Tunku Ampuan Durah
5. TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
7.30 Pagi
Pendaftaran Peserta
Sarapan pagi
7.45 – 8.45 pagi
Aktiviti regangan dan Senamrobik
9.00 – 10.30 Pagi
Pertandingan Bola Tampar (Lelaki)
Pertandingan Bola Jaring (Perempuan)
11.00 – 11.30 Pagi
Majlis Penutupan dan penyampaian Hadiah Hari Sukan Negara bersama Karnival Sukan Asrama tahun 2024
11.30 Pagi
Majlis Bersurai
Event Information
Event Date | 12-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 12-10-2024 11:30 am |
Cut Off Date | 12-10-2024 8:00 am |
Capacity | 266 |
Registered | 0 |
Available Place | 266 |
Veterans | 64 |
Youth | 149 |
Persons with Disabilities (OKU) | 20 |
Women | 175 |
Location | smk tunku ampuan durah |