
LATAR BELAKANG Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 10 hingga 12 Oktober 2025 dengan perasmiannya dijadualkan pada 11 Oktober di Bulatan Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak. Sekolah Kebangsaan Si Rusa mengambil peluang untuk melaksanakan sambutan ini pada 10 Oktober 2025. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. OBJEKTIF 1. Menerapkan budaya sukan dalam kalangan warga sekolah. 2. Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif dan bersemangat kesukanan.