
Ringkasan Pelaksanaan Aktiviti
Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran semua murid dan guru. Acara dimulakan dengan:
Senamrobik Perdana: Sesi memanaskan badan dan senaman beramai-ramai yang diketuai oleh Instruktor Senamrobik
Aktiviti Sukan Terbuka: Murid berpeluang menyertai pertandingan sukan lain seperti ragbi dan bola jaring di gelanggang yang disediakan.
Perasmian Penutup: Majlis ringkas penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang acara sukaneka dan rumah sukan terbaik telah disempurnakan oleh perasmi.