HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, SMK Desa Cempaka telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara & Program Kekal Cergas pada 13 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Dataran Perhimpunan dan Anjung Budi. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Panitia PJPK dengan penyertaan lebih daripada 2,000 warga sekolah, termasuk murid pendidikan khas, pelajar tingkatan 1 hingga 6, serta guru dan staf sokongan.Tujuan utama program ini adalah untuk menyemai semangat kesukanan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat, dan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti utama ialah senamrobik berirama yang dijalankan bagi sesi pagi dan petang, mini pertandingan sukan serta penyampaian cenderahati kepada kelab sukan dan permainan. Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbir sekolah dan berjaya mencapai objektif yang digariskan.Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan budaya sukan serta melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin, dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah pembangunan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. https://drive.google.com/drive/folders/1n7VBRqXawAXZZGCPXGZX7w8QOcia-dXE?usp=sharing

Event Information

Event Date 13-10-2025 7:30 am
Event End Date 13-10-2025 10:00 am
Cut Off Date 13-10-2025 10:00 am
Capacity 2079
Registered 0
Available Place 2079
Youth 1937
Persons with Disabilities (OKU) 75
Women 1100
Location SMK DESA CEMPAKA

We are no longer accepting registration for this event