Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara Rasional Penganjuran ini menyahut seruan KPM untuk semua sekolah melaksanakan program sukan sempena Hari Sukan Negara. Ia bertujuan membentuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid sejak dari awal usia. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk tabiat hidup sihat dan aktif dalam diri murid-murid. Objektif Objektif utama penganjuran program ini adalah: Menggalakkan penglibatan menyeluruh murid dalam pelbagai acara sukan dan aktiviti fizikal. Memupuk gaya hidup sihat dan cergas sebagai amalan harian. Mengesan dan memupuk bakat sukan yang berpotensi di kalangan murid. Menyemai semangat kesukanan seperti kerjasama, toleransi, dan semangat berpasukan dalam kalangan murid. Pengelola Hari Sukan Negara Peringkat SJKC Kg Baru Pajam telah dikelolakan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab Sukan & Permainan SJKC Kg Baru Pajam. Pengurusan dan semua guru telah terlibat dalam memastikan kelancaran program, dengan penyusunan tugas yang rapi dan efektif. Bilangan Guru Terlibat Seramai 12 orang guru telah ditugaskan untuk menjaga kebajikan murid dan memastikan kelancaran acara. Penyertaan Secara keseluruhannya, seramai 116 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai Hari Sukan ini.  

Event Information

Event Date 10-10-2025 8:00 am
Event End Date 10-10-2025 10:00 am
Capacity 116
Registered 0
Available Place 116
Children 116
Location SJKC Kg Baru Pajam

We are no longer accepting registration for this event