
Program yang dilangsungkan pada 12 Oktober 2024 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapis warga sekolah. Program yang dimulakan dengan Ucapan Perasmian Hari Sukan Negara oleh En. Amir Fikri Bin Ithnin, Guru Besar SK Taman Seri Pagi telah dimulai dengan acara senamrobik dibawah pimpinan Cikgu Fiza Rosmi. Program ini juga di isi dengan pertandingan permainan anatara kelas yang meliputi acara seperti sukaneka, sepakan penalti bola sepak, balingan penalti bola jaring dan juga balingan penalti bola baling. Ia telah berakhir pada 15 Oktober 2024 dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada kelas-kelas yang telah memenangi acara permainan.