
Sambutan Hari Sukan Negara 2025 peringkat Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah diadakan dengan penuh semangat pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di padang sekolah. Program ini dianjurkan bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, diikuti dengan senamrobik beramai-ramai yang melibatkan semua murid, guru dan staf sokongan sekolah. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang program antaranya lari dalam guni, tarik tali, bola beracun, dan sukaneka guru serta murid. Suasana ceria dan semangat kesukanan jelas terpancar di wajah para peserta sepanjang sambutan berlangsung. Tujuan utama sambutan ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal dan sukan rekreasi. Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini diharap dapat menyemai minat murid terhadap aktiviti sukan serta meneruskan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.