FUN RUN SKS2B
SKS2B (Sekolah Kebangsaan Seremban 2B) Fun Run 2025 ini merupakan edisi pertama - julung kali bakal diadakan. Acara ini diadakan bersempena Hari Sukan Negara (HSN) yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030. Malah acara ini juga seiring Dasar 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dengan acara sebegini dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam suasana yang santai & menyeronokkan, sambil menarik minat pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan selebriti untuk turut serta dalam aktiviti fizikal. Seramai 1500 peserta telah menyertai larian ini. Program Fun Run SKS2B telah mendapat pengiktirafan penyertaan peringkat Kebangsaan untuk rekod PAJSK.
Event Information
| Event Date | 11-10-2025 6:00 am |
| Event End Date | 11-10-2025 10:00 am |
| Capacity | 1500 |
| Registered | 0 |
| Available Place | 1500 |
| Veterans | 50 |
| Youth | 200 |
| Children | 1300 |
| Location | DATARAN CENTRIO, SEREMBAN 2 |