
Program Hari Sukan Negara 2024 telah diadakan pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bermula 7.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Program ini dilaksanakann di dua tempat bermula di Tapak Perkhemahan Sungai Talan hingga ke Sekolah Kebangsaan Kampong Batu. Sasaran program ini adalah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Kampong Batu merangkumi semua guru, staf sokongan dan semua murid tahap 2. Objektif program ini diadakan bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia akan Sambutan Bulan Kecergasan iaitu Hari Sukan Negara yang merupakan acara tahunan negara. Pelbagai aktiviti berkaitan kecergasan telah diadakan sepanjang tempoh itu iaitu Senam Cergas (senamrobik), Sungai Bersih (mengutip sampah di sekitar Sungai Talan) dan 10 Ribu Langkah Sihat (berjalan 10 000 langkah). Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan oleh semua peserta. Mereka turut teruja dan menzahirkan rasa kegembiraan atas penganjuran program ini. Cergas, Bersih & Sihat seiring dengan nama program Hari Sukan Negara pada kali ini.