
Program ini telah disertai oleh semua warga sekolah termasuk guru dan murid. Program ini telah berjalan dengan jayanya di dewan sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuk senamrobik bersama-sama dan perlawanan bola keranjang 3 on 3. Murid-murid telah memberikan perlawanan yang berkualiti dengan menunjukkan teknik dan strategi yang lazimnya digunakan dalam sukan bola keranjang 3 on 3. Akhirnya, pemenang bagi perlawanan lelaki dan perempuan dimenangi oleh murid tahun 5. Murid-murid yang lain turut memberi sorakan dan tepukan yang gemuruh kepada para peserta.