
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Jasin bermula pada jam 7.45 pagi dengan acara aerobikhon yang telah diketuai oleh instruktor SK Jasin iaitu murid-murid tahun 4-6. Aerobikthon selama 1 jam 15 minit itu disertai oleh semua guru, murid pra sekolah, murid PPKI dan seluruh warga SK Jasin. Murid dan guru yang berjaya bertahan dan kekal cergas selama 1 jam 15 minit itu diberi penghargaan berbentuk sijil dan hamper sebagai hadiah saguhati. Seterusnya aktiviti dijalankan iaitu Pesta Bola Baling untuk tahap 2 yang dijalankan secara Perlawanan Antara Kelas. Bagi murid tahap 1 pula, acara sukaneka dijalankan di dewan bersama anak-anak pra sekolah dan PPKI. Penutup Sambutan Hari Sukan Negara ialah penyampaian hadiah.