
Murid berkumpul di dewan dan diberikan taklimat. Program dimulakan dengan senamrobik pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan. Kemudian 5 orang murid perempuan mengetuai senamrobik tersebut dengan 3 buah lagu. Seterusnya seorang murid lelaki mengmbilalih senamrobik tersebut dengan 3 buah lagu. Akhir sekali, murid melakukan senamrobik poco-poco dan program ditutup dengan aktiviti penyejukan badan. Murid menunjukkan minat melakukan aktiviti senamrobik dan mengikut pergerakan dengan baik. Murid menunjukkan keseronokan sepanjang program berlangsung.