
KEADAAN DAN SUASANA PROGRAM
Program dijalankan dalam suasana yang meriah dan terkawal di padang sekolah. Semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta memberi kerjasama yang baik. Tiada insiden tidak diingini dilaporkan.
RUMUSAN
Program Kecergasan KPM Sempena Hari Sukan Negara 2025 di SJKT Alor Gajah telah berjalan dengan jayanya. Objektif program tercapai apabila murid dan guru bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang mencergaskan minda dan tubuh badan. Program ini juga berjaya memupuk nilai perpaduan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan warga sekolah.