
Di SMJK Notre Dame Convent, program ini telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid serta warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan dilaksanakan, antaranya termasuk aktiviti senamrobik beramai-ramai dan sukaneka yang melibatkan penyertaan aktif murid dari pelbagai tingkatan. Aktiviti senamrobik membuka tirai program dengan suasana yang penuh semangat, diikuti dengan pelbagai jenis permainan sukaneka yang menguji daya saing, kerjasama dan semangat kesukanan para peserta. Pihak sekolah juga turut memberi penekanan kepada nilai-nilai murni serta semangat berpasukan, disiplin dan kesukanan sepanjang program berlangsung. Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan tahap kecergasan murid, malah berjaya memupuk hubungan yang lebih erat antara murid serta membina keyakinan diri melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti. Secara keseluruhannya, Program Kecergasan Hari Sukan Negara tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat termasuk guru, murid dan kakitangan sekolah amatlah dihargai. Diharapkan program seumpama ini akan terus dijalankan dan diperkasakan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing