
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementeria Belia dan Sukan mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan Bulan Oktober sebagai bulan kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, SJKC Taboh Naning telah melaksanakan Hari Sukan Negara pada 11 Oktober 2024.