
Program Hari Sukan Negara dijalankan kepada semua murid dan guru SMK Tinggi Perempuan Melaka.
Objektif Program:
Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.
Memahami konsep kecergasan, prinsip latihan dan langkahlangkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi antara kaum yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin
Program yang dijalankan adalah seperti pelancaran Hari Sukan Negara & Senamrobik.
Pegawai untuk dihubungi: Pn. Azlina binti Awang, PK Kokurikulum (012-9589726)