Program Bersama Komuniti Setempat: Kemeriahan Kokurikulum Sempena Hari Sukan Negara
Antara objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut;
· Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas
· Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah
· Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
Mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid, warga sekolah dan masyarakat setempat.
Acara yang dipertandingkan dalam program ini aialah bola jaring antara sekolah, bola tampar antara sekolah, bola jaring dewasa dan bola sepak. terdapat juga permainan tradisional seperti congkak dan capteh selain sepak raga dan baling tin . Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 6 buah sekolah jemputan untuk bertanding dalam acara yang disenaraikan. Pihak komuniti Felda menyambut baik acara yang dilaksanakan dan mengharapkan program seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Event Information
Event Date | 12-10-2024 7:30 am |
Event End Date | 12-10-2024 12:00 pm |
Capacity | 500 |
Registered | 0 |
Available Place | 500 |
Senior Citizens | 12 |
Veterans | 3 |
Youth | 30 |
Persons with Disabilities (OKU) | 6 |
Women | 130 |
Children | 296 |
Location | SK felda bukit senggeh |