
Selari dengan dasar 'Satu Murid Satu Sukan' dan menyahut sambutan Hari Sukan Negara 2024. SJKC Pay Fong 3 mengadakan Pertandingan Lompat Tali antara kumpulan. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik antara guru-guru dan murid-murid. Murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan. Peserta mula melompat selepas bunyi 'beep' dari call out. Ahli kumpulan perlu membuat lompatan secara bergilir untuk mengumpul markah. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah lompatan yang terbanyak. Hadiah diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga.