
Perlawanan Frisbee antara Rumah Sukan SMK Dang Anum telah dijalankan sempena Hari Sukan Negara 2025. Ia telah dijalankan di Padang sekolah SMK Dang Anum bermula pada jam 8 pagi hingga 2 petang. Setiap rumah sukan telah menghantar 40 peserta (4 pasukan) yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Perjalanan aktiviti telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kecederaan. Para pelajar telah berlawan dengan penuh semangat kesukanan (spirit team). Berikut adalah keputusan perlawanan: Kategori Lelaki: Johan: Hijau (Zaaba)Naib Johan: Biru (Bahaman)Tempat ke-3: Kuning (Dato' Onn) Kategori Perempuan: Johan: Hijau (Zaaba)Naib Johan: Tun Perak (Merah)Tempat ke-3: Biru (Bahaman)