
Kejohanan Sukan Tahunan sekolah merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah yang telah dirancang dan menjadi program wajib di peringkat sekolah. Kejohanan sukan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang sukan olahraga. Murid diberikan peluang untuk menyertai mana-mana acara sukan yang diminati. Aktiviti sukan sememangnya diambil berat untuk mendidik dan memandu arah para pelajar sebagai bakal penentu dan peneraju pada masa akan datang. Sementara itu, kejohanan sukan tahunan ini adalah amat penting bagi mencungkil bakat pelajar di samping dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERIS. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli rumah sukan mereka.
Penglibatan semua murid dan guru dalam menjayakan misi rumah sukan masing-masing adalah diwajibkan. Kejohanan sukan tahunan ini juga telah dibahagikan kepada tiga kumpulan rumah sukan iaitu ARTIK (Merah Jambu), PASIFIK (Ungu) dan ATLANTIK (Jingga) . Guru dan murid diagihkan kumpulan secara sama-rata mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan.