
Karnival 1M1S bersempena Hari Sukan Negara dijalankan dengan jayanya di SMK Ghafar Baba. Demi mencapai matlamat Hari Sukan Negara, beberapa pertandingan dianjurkan dengan penglibatan yang sangat menggalakkan dikalangan pelajar dan guru. Antara pertandingan yang dijalankan khas untuk disertai oleh pelajar ialah bola sepak, bola jaring, badminton(beregu), bola tampar, ping pong(beregu) dan petanque(trio). Manakala untuk para guru, pertandingan yang dianjurkan adalah bola jaring, badminton(beregu), dan petanque(trio). Program ini dapat menerapkan budaya sukan dan cara hidup sihat di kalangan pelajar dan para guru selari dengan matlamat Hari Sukan Negara. Diharap gaya hidup sihat ini memberi impak kepada semua agar terus menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.