).jpg)
Dikemukakan oleh: Sekolah Kebangsaan Malim, Kilometer 6, Jalan Malim, 75250 Malim, Melaka. Tujuan: Kertas kerja cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan dalam bentuk kewangan bagi membolehkan Unit Kokurikulum mengelolakan Hari Sukan Negara ini. Latar Belakang: Hari Sukan Negara merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menyediakan ruang dan peluang untuk atlet-atlet keperingkat akar umbi, khususnya murid-murid sekolah melibatkan diri dalam sukan. Menerusi kejohanan seumpama ini, murid-murid dapat menimba pengalaman untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka dalam suasana pertandingan yang sihat dan menyeronokkan. Rasional: 1. Menghimpunkan murid sekolah dan guru untuk bersama-sama menjalankan aktiviti riadah yang bermakna. 2. Memberi ruang kepada semua warga sekolah bersama-sama melakukan aktiviti riadah secara maksimun pada hari tersebut. 3. Menanamkan amalan penjagaan kesihatan diri di kalangan warga sekolah. ACARA HARI SUKAN NEGARA 1. SENAM ROBIK 2. SUKANEKA TAHAP 1 (MENGIKUT KELAS) 3. PERLAWANAN SEPAKAN PENALTI ANTARA KELAS MENGIKUT TAHAP (L) 4. PERLAWANAN BALINGAN BOLA JARING ANTARA KELAS MENGIKUT TAHAP (P)