HARI SUKAN NEGARA PF3

Pada 10 Oktober 2025, sekolah kami telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara sebagai inisiatif untuk memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh guru serta disertai oleh semua murid dan kakitangan sekolah. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk kerjasama antara peserta. Selepas itu, pertandingan ping pong telah dijalankan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat murid dalam bidang sukan, malah memperkukuh hubungan silaturahim antara guru dan murid. Program berakhir pada pukul 9.00 pagi dengan suasana penuh semangat dan kejayaan.

Event Information

Event Date 10-10-2025 8:00 am
Event End Date 10-10-2025 9:00 am
Capacity 115
Registered 0
Available Place 115
Persons with Disabilities (OKU) 30
Women 23
Children 85
Location SJKC PAY FONG 3

We are no longer accepting registration for this event