
MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh kehidupan seharian.
OBJEKTIF
1.1 Menggalakan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah
1.2 Menitik beratkan penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti sukan bagi merapatkan hubungan
1.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah.
KUMPULAN SASAR
Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) SK Dato’ Demang Hussi
BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
HARI : Jumaat
TARIKH : 11 Oktober 2024
MASA : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
ACARA : Senamrobik, Perlawanan Futsal & Bola Jaring