HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA 1.0 TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai konsep pelaksanaan program Hari Sukan Negara yang akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.   2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM 2.1.      Unit Kokurikulum SK Tangga Batu akan mengelolakan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan Flagship# Sekolahku SEJAHTERA : Sihat Aktif Ceria sempena Hari Sukan Negara 2024. 2.2.      Gerakan ke arah membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan warga sekolah adalah menjadi fokus strategi Unit Kokurikulum SKTB seiring dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), selari dengan usaha kerajaan untuk membina sebuah negara makmur, harmoni dan inklusif (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020: Keutamaan dan Penekanan Baharu). 2.3.      Dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, penyertaan individu dalam aktiviti sukan merupakan langkah awal yang penting. Gerakan ini adalah selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara untuk memperkasakan budaya sukan dalam kalangan masyarakat dan membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu. Mengambil kira faktor pembudayaan sukan sebagai medium untuk memperkasakan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, Hari Sukan Negara telah dijadikan salah satu agenda nasional negara. 2.4 Unit kokurikulum SKTB sentiasa memastikan segala program dan aktiviti sukan di bawah Hari Sukan Negara sama ada berbentuk pertandingan atau riadah dilaksana dan dipraktikkan selari dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi semua lapisan masyarakat dan seterusnya mencapai objektif Malaysia sebagai negara sukan (sporting nation).     3.0  OBJEKTIF PROGRAM 3.1           Hari Sukan Negara bertujuan : 3.1.1      menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan riadah. 3.1.2      meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat. 3.1.3      memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. 3.1.4      mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid.   4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1.      Semua warga SK Tangga Batu.     5.0 AKTIVITI 5.1 Senamrobik 5.2 Bola sepak kain pelekat 5.3 Bola tampar gubahan

Event Information

Event Date 11-10-2024 8:30 am
Event End Date 11-10-2024 11:00 am
Capacity 673
Registered 0
Available Place 673
Persons with Disabilities (OKU) 28
Women 35
Children 645
Location MELAKA

We are no longer accepting registration for this event