HARI SUKAN NEGARA 2025 (2)

HARI SUKAN NEGARA 2025 (2) Program Hari Sukan Negara 2025 yang telah dijalankan oleh warga Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah, Melaka yang melibatkan seramai 300 orang murid dan 36 orang guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah senaman ringan, brisk walk sekitar sekolah dan penyejukan badan. Matlamat program adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal untuk kesihatan dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti sukan ini. Penganjuran Hari Sukan Negara ini diharap dapat memberi peluang kepada semua warga sekolah untuk bergiat aktif dalam aktiviti fizikal dan menyemai semangat kesukanan. Program ini juga diharap dapat melahirkan murid yang sihat tubuh badan, cerdas minda serta berdisiplin tinggi selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.    

Event Information

Event Date 11-10-2025 8:10 am
Event End Date 11-10-2025 9:10 am
Cut Off Date 11-10-2025 9:10 am
Capacity 336
Registered 0
Available Place 336
Persons with Disabilities (OKU) 3
Women 26
Children 300

We are no longer accepting registration for this event