
Program Hari Sukan Negara 2025 yang telah dijalankan oleh warga Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah, Melaka yang melibatkan seramai 300 orang murid dan 36 orang guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah senaman ringan, brisk walk sekitar sekolah dan penyejukan badan. Matlamat program adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal untuk kesihatan dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti sukan ini. Penganjuran Hari Sukan Negara ini diharap dapat memberi peluang kepada semua warga sekolah untuk bergiat aktif dalam aktiviti fizikal dan menyemai semangat kesukanan. Program ini juga diharap dapat melahirkan murid yang sihat tubuh badan, cerdas minda serta berdisiplin tinggi selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.