AKTIVITI KECERGASAN (SENAMROBIK MASSA) SECARA SERENTAK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGERI MELAKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA TAHUN 2025

AKTIVITI KECERGASAN (SENAMROBIK MASSA) SECARA SERENTAK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGERI MELAKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA TAHUN 2025 CARA MENYERTAI PROGRAM 1. Pendaftaran Penyertaan Sekolah-sekolah di seluruh Negeri Melaka akan didaftarkan secara automatik melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka. Guru Penolong Kanan Kokurikulum atau Guru Sukan sekolah akan menjadi penyelaras utama program di peringkat sekolah. Tiada bayaran penyertaan dikenakan. 2. Persediaan Sebelum Program Semua peserta (murid, guru dan staf) digalakkan: Memakai pakaian sukan yang sesuai dan kasut sukan. Membawa air minuman sendiri untuk kekal hidrasi. Berkumpul di gelanggang bola keranjang SJKC YU HSIEN sebelum jam 8.00 pagi. Sekolah boleh menyediakan sistem audio dan muzik untuk senamrobik berirama. 3. Hari Pelaksanaan (10 Oktober 2025) Semua sekolah melaksanakan senamrobik secara serentak pada masa yang ditetapkan oleh JPN Melaka. 4. Selepas Program Guru penyelaras diminta: Mengambil gambar/video aktiviti sebagai bukti pelaksanaan. Mengisi borang laporan ringkas yang akan disediakan oleh JPN Melaka.

Event Information

Event Date 10-10-2025 8:00 am
Event End Date 10-10-2025 9:00 am
Capacity 171
Registered 0
Available Place 171
Location SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YU HSIEN

We are no longer accepting registration for this event