.jpeg)
Sentuhan Kasih Semarak Sayang merupakan program anjuran Unit Komuniti Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin bersama Sukarelawan Daerah Jasin serta Japerun Serkam. Program gotong royong ini akan diadakan di sebuah rumah klien Jabatan Bernama Mat Said bin Abd Ghani yang merupakan penerima bantuan Jabatan di bawah skim Bantuan Warga Emas. Klien merupakan seorang lelaki bujang yang berusia 64 tahun dan tinggal seorang diri. Program adalah bertujuan membersihkan rumah klien Jabatan yang daif dan memerlukan sokongan sosial komuniti setempat. Selain itu, dapat mendekatkan hubungan antara pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin dan barisan sukarelawan Daerah Jasin dengan Masyarakat setempat. Program ini juga dapat membentuk kerjasama serta memantapkan hubungan diantara semua peserta dalam melahirkan generasi yang cakna terhadap sekeliling. TARIKH : 11 Oktober 2025, (Sabtu) MASA : 8.30 Pagi – selesai TEMPAT : Rumah klien Mat Said bin Abd Ghani ANJURAN : Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin