SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK TOK SANGKUT

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK TOK SANGKUT Pada hari Ahad, 13 Oktober 2024 telah berlansung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Tok Sangkut. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik perdana yang disertai semua warga sekolah termasuklah para pekerja swasta dan juga kantin. Kemudian disusuli dengan aktiviti sukaneka untuk murid-murid prasekolah, PPKI dan juga tahap 1. Manakala murid tahap 2 pula terlibat dengan acara lari berganti-ganti. Kesemua acara sukan yang dijalankan pada hari ini adalah sebagai SUKANTARA bagi mengumpul mata untuk KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TOK SANGKUT yang akan berlansung pada 16 dan 17 Oktober nanti. Melalui program ini murid dapat berlatih dan meningkatkan stamina mereka bagi menghadapi acara yang sebenar pada kejohanan sukan nanti. Program ini turut dihadiri oleh pegawai PPD iaitu En Mat Ahli Sufi B Awang Mat.

Event Information

Event Date 13-10-2024 8:00 am
Event End Date 13-10-2024 11:00 am
Cut Off Date 13-10-2024 12:00 pm
Capacity 700
Registered 0
Available Place 700
Senior Citizens 10
Youth 36
Persons with Disabilities (OKU) 15
Women 44
Children 400
Location SEKOLAH KEBANGSAAN TOK SANGKUT

We are no longer accepting registration for this event