
Hari Sukan Negara adalah satu inisiatif di Malaysia yang disambut setiap tahun untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah. Ia diadakan pada hari Sabtu kedua bulan Oktober. Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan dan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian serta mengeratkan hubungan antara masyarakat melalui aktiviti berkumpulan. Pelbagai acara dan aktiviti sukan diadakan di seluruh negara untuk menyemarakkan semangat bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia. SK Kangkong telah mengadakan acara seperti berikut: 7.00 pagi - pendaftaran 7.30 pagi - murid berkumpul 7.45 pagi - Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah - Taklimat oleh PK Kokurikulum 8.15 pagi - Senamrobik 8.45 pagi - Demonstrasi Taekwando 9.15 pagi - Acara Tarik Tali antara kelas 10.15 pagi - Rehat 10.45 pagi - Kelas seperti biasa