
Program Hari Sukan Negara Peringkat SK Jelawat pada tahun ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan. Aktiviti pada hari tersebut ialah pemanasan badan dan senamrobik. Aktiviti pemanasan badan dikendalikan oleh semua guru lelaki SK Jelawat. Manakala aktiviti senamrobik diketuai oleh geng zumba yang dijemput khas oleh pihak sekolah. Aktiviti bermula seawal pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Hari Sukan Negara dilaksanakan dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan.