
Laporan Hari Sukan Negeri Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Neting
Tarikh : 13 Oktober 2024
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sri Neting
Masa : 7:30 hingga 11:00 pagi
1. Pengenalan
Hari Sukan Negeri diadakan setiap tahun bagi mempromosikan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Sekolah Kebangsaan Sri Neting telah menyertai program ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan penuh semangat.
2. Objektif
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal.
- Memupuk semangat kerjasama dan persaingan yang sihat antara pelajar.
- Menyediakan platform untuk pelajar menunjukkan bakat dalam sukan.
3. Aktiviti yang Dijalankan
Beberapa aktiviti telah diadakan pada hari tersebut, antaranya:
- Perhimpunan Mingguan
- Senam Sihat ( Aerobik) untuk semua pelajar
- Fun Games Outdoor
- Perlawanan Bola Beracun Antara Kelas Tahap 1
- Perlawanan Permainan Coh (Galah Panjang) Antara Kelas Tahap 2
4. Penyertaan
- Guru – 51 orang (21 lelaki dan 30 perempuan)
- Guru KAFA – 19 orang ( 1 lelaki dan 18 perempuan)
- AKP – 7 orang ( 1 lelaki dan 6 perempuan )
- Pekerja Kebersihan – 5 orang ( 4 lelaki dan 1 perempuan )
- Pengawal Keselamatan – 4 orang ( 4 lelaki)
- Murid – 638 orang ( 329 lelaki dan 308 perempuan)
- Murid Pra Sekolah – 75 orang ( 38 lelaki dan 37 perempuan )
5. Penutup
Hari Sukan Negera di Sekolah Kebangsaan Sri Neting telah mencapai objektif yang diinginkan. Pelajar menunjukkan semangat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Diharapkan acara seperti ini akan diteruskan pada tahun hadapan bagi meningkatkan lagi minat dan penglibatan pelajar dalam sukan dan kecergasan.
Disediakan oleh:
KAMARUDDIN BIN IBRAHIM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sri Neting
14 Oktober 2024