.jpeg)
Pada tarikh 13 Oktober 2024,sekolah kebangsaan Tiong telah menyertai hari sukan negara bertempat di sekolah sendiri iaitu sekolah kebangsaan Tiong yang beralamat 15150 Kota Bharu,Kelantan. Seramai 463 murid dan 43 guru telah melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan oleh unit Kokurikulum Sk Tiong. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan ialah aktiviti gusti lengan bagi tahun 1 dan 2 lelaki, bermain batu seremban bagi tahun 1 perempuan, bermain tali getah bagi tahun 2 murid perempuan danTic Tac Toe bagi semua murid tahun 3 dan 4. Selain aktiviti tersebut, Sekolah kebangsaan Tiong juga melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu perlawanan bola sepak bagi murid lelaki tahun 5 dan 6 dan permainan bola jaring bagi murid perempuan tahun 5 dan 6. Guru-guru juga telah melibatkan diri sekali dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan.