
Hari Sukan negara Peringkat SK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai telah disambut dengan meriah oleh seluruh warga sekolah. Acara pada hari tersebut dimulai dengan senamrobik berai-ramai di Dataran Ilmu, SKSYP2. Acara kedua diteruskan dengan Acara Jalan 2000 Langkah di trek yang biasanya digunakanuntuk Acara Merentas Desa. Acara Ketiga, Murid-murid dibahagikan kepada 3 kategori mengikut Tahun : Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4, Tahun 5 dan 6. Acara diteruskan dengan acara sukaneka untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4. Manakala murid-murid Tahun 5 dan 6 akan bertanding dalam acara Bola Tampar dan Bola Jaring mengikut rumah sukan masing-masing. Hari Sukan Negara disambut dengan begitu meriah dan diakhiri dengan acara makan aiskrim roti tepat jam 10.40 pagi.