
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, SJKC Yuk Chai telah menganjurkan aktiviti senamrobik yang berlangsung pada 13 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Dewan SJKC Yuk Chai. Seramai 257 orang murid dan 25 orang guru telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat serta menggalakkan seluruh warga sekolah mengamalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Sepanjang aktiviti berlangsung, suasana amat meriah dengan sorakan dan semangat kesukanan yang tinggi. Semua peserta menunjukkan komitmen dan kerjasama yang baik, menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan penuh kegembiraan.