
Hari Sukan Negara Bertemakan #CergasBersama Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sambutan nasional yang diadakan secara tahunan pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan. Oleh itu , pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti hsn ini dengan mengadakan senamrobik selama 1 jam dan seterusnya dengan aktiviti permainan kecil dalam kumpulan. Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara ni, kita nak satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah. Kita nak menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.