HARI SUKAN NEGARA

  Pada 13 Oktober 2025, Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu, telah menganjurkan program Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan penuh meriah dan jayanya. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Kehadiran murid direkodkan seawal pagi sebelum acara bermula. Program dimulakan dengan sesi Zumba yang bertenaga sebagai aktiviti pemanasan badan. Sesi ini disertai oleh murid-murid, guru-guru, dan juga pekerja sekolah yang turut menunjukkan semangat dan sokongan terhadap program kesihatan ini. Suasana ceria dan penuh semangat jelas terpancar di wajah para peserta. Selepas Zumba, acara diteruskan dengan aktiviti briskwalk sejauh 2.5 kilometer di sekitar kawasan sekolah. Semua peserta mengambil bahagian dengan penuh komitmen dan disiplin. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah turut mengeratkan hubungan antara murid, guru, dan kakitangan sekolah. Secara keseluruhannya, program Hari Sukan Negara peringkat SK Chenderong Batu, telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan. Murid-murid kelihatan seronok dan bersemangat sepanjang program berlangsung. Program ini telah mencapai objektifnya dalam membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah.      

Event Information

Event Date 13-10-2025 8:00 am
Event End Date 13-10-2025 10:15 am
Cut Off Date 13-10-2025 7:45 am
Capacity 707
Registered 0
Available Place 707
Senior Citizens 10
Veterans 5
Women 33
Children 630
Location SK CHENDERONG BATU

We are no longer accepting registration for this event